Tuesday, December 30, 2008

Awal 1430H


1430 tahun yang lalu, bersamaan dengan
1 Muharam sejarah telah menyaksikan satu titik kemenangan umat Islam apabila berlakunya peristiwa hijrah. Penghijrahan Rasulullah dari Kota Mekah yang ketika itu dikuasai kafir Quraish ke Madinah membuka lembaran baru apabila Islam mula memerintah.

Malangnya peristiwa kemenangan ini disambut penuh duka pada tahun ini apabila Kuffar Israel telah mengebom Wilayah Gaza yang dikuasai HAMAS. Negeri yang telah lama dipenjara dengan penjara berdinding batu ini ditekan lagi dengan pengeboman menggunakan pesawat pejuang. Lebih malang lagi apabila seluruh dunia yang selama ini sering berbicara tentang hak memerintah, keadilan sosial, dan sebagainya tiba-tiba membisu. Apatah lagi Amerika yang mengaku polis dunia terus menyokong keganasan Israel.

Terdapat negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan yang mengadakan kecaman dan demonstrasi, namun ia dilihat seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Tidak ada tekanan yang serius, tidak ada tekanan yang mampu dirasakan oleh Israel. Bahkan ramai yang merasakan ini bukan urusan mereka.

Di dalam ruang ini, pihak pengurusan ReUnionSK merakamkan sekeras-keras kecaman terhadap tindakan zalim Israel. Kami juga menyeru pembikotan terhadap produk Israel dan sekutu mereka Amerika Syarikat. Kami juga menyeru agar umat Islam mempergandakan munajat kepada Allah agar memberi kemenangan, dikuatkan keimanan dan menurunkan bantuan kepada saudara seIslam di Palestin.

0 comments:







Chat Box Saudara Kita


Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all