Tuesday, November 4, 2008

Salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat, mungkin sahabat-sahabat pernah dengar cerita yang ana paparkan dibawah (mungkin dengan sedikit kelainan) sebab ana dengar cerita ni dalam program semalam(sebelum ni pernah dengar, tapi tak berkesempatan untuk tulis), so ana just tulis berdasarkan apa yang ana ingat.

Pada suatu hari, seorang lelaki menaiki kereta api bersama dengan dua orang anaknya. Kedua-dua anaknya sangat nakal dengan mengganggu penumpang lain, namun bapanya cuma termenung tanpa melarang anaknya.
Lataran rasa terganggu oleh gelagat dua orang kanak-kanak ini, seorang penumpang telah pergi bersemuka dengan lelaki tersebut dan berkata "Anak kamu ni nakal sangat.. Kamu tak fikir ke? Bapa tak bertanggung jawab".
Bapa kepada dua orang kanak-kanak itu menjelaskan "Mereka baru sahaja kehilangan ibu, dan saya tidak tahu bagaimana untuk menghilangkan tekanan mereka agar mereka tidak mengganggu orang lain".
Mendengar kata-kata tersebut, orang yang menegur tadi merasa tersentuh dan menyesal kerana terus marah tampa mengetahui punca.

Semoga kita sahing mengambil tahu keadaan sahabat-sahabat dan individu disekeliling kita.

0 comments:







Chat Box Saudara Kita


Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all