Wednesday, October 22, 2008

KENAPA DIWUJUDKAN BLOG

Assalamualaikum,
Buat sahabat-sahabiah yang dikasihi Allah, alhamdulillah dengan izin-Nya kita cuba untuk mewujudkan satu lagi ruang untuk mengumpulkan Saudara Kita dan AJK JKSK serta mantan-mantannya.
Jika ada yang tertanya-tanya, kenapa perlunya ruangan ini diwujudkan?
Jawapannya mudah sahaja, kerana kewajipan untuk terus menjaga kebajikan dan mengambil tahu mengenai saudara kita.
Ingin ana berkongsi sedikit pengalaman dengan sahabat-sahabat, sekitar 6 bulan yang lalu ana pernah cuba menyambung kembali ukhuwah antara kita, namun selepas menggunakan kaedah sms dan call, ada dikalangan kita yang peringkat awal memberi respon yang sangat positif, kemudian selepas beberapa kali ana berhubung, individu tersebut mula keliru "sape yang kontek ni", mungkin pada peringkat awal dia menggambarkan orang lain yang bercakap dengannya, namun apabila ana bercerita mengenai diri ana, dia tidak ingat dan mula bimbang "siapa ni", akhirnya ana gagal untuk memperkukuhkan kembali ukhuwah kita.
Diharap dengan terwujudnya blog ini, kita dapat terus memperkukuhkan ukhuwah, jika pun bertukar no telifon,tempat kerja, alamat dan sebagainya maka senanglah untuk dimaklumkan.
wallahua'lam.

0 comments:







Chat Box Saudara Kita


Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all